Wednesday, March 23, 2011

Cukup lah mati sebagai peringatan

"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (Ali'Imran [3]: 183)
Sesungguhnya janji2 Allah itu benar. Dan tidak dipercepatkan mahu dilambatkan walau
sesaat pun saat kematian kamu..
Tergamam saat membaca status seorang junior Maahad tentang kembalinya seorang
junior Maahad ke rahmatullah, Allahyarham Syaibah Danial.Benar, mati tak mengira
usia, siapa kamu dan apa yang sedang kamu lakukan.Bila sampai nya saat pengakhiran
perjanjian nyawa dan hidup dengan Nya, maka tidak terlewat buat sedetik.Kakak arwah
turut terlibat dalam kemalangan tersebut yang mengorbankan 3nyawa.Kebetulan, kakak
arwah sebatch dgn sy tika di Maahad.Beliau skg di wad icu HUSM Kubang Kerian.
Berjuang dgn smgt meneruskan kehidupan.Wad yg sama pernah saya jejaki 3minggu lepas.
Walaupun tak kenal baik,tapi sbgai kenalan masa duduk di asrama, agak terasa juga.
untuk pembacaan, boleh lawat di sini atau di sini.

Buat arwah, sekalung fatihah dan doa saya sedekahkan.
moga kamu tenang dan aman di sana.Sungguh, Allah lebih menyayangimu..Al-fatihah
Untuk Syaikah,semoga kamu tabah dan kuat untuk terus bernafas.
Allah tidak akan menguji kamu melainkan apa yang termampu oleh kamu.Bersabarlah.
Untuk keluarga arwah dan sepupunya,sekalung takziah dari saya.
Anak2 adalah pinjaman nikmat dunia oleh Allah kepada kita.
Dan dia mengambil kembali hakNya.

Tak lupa juga ucapan takziah untuk Maryam Jamela Ismail a.k.a best fren Maahad a.k.a GT Geng yg kehilangan arwah ayahnya baru2 ini(ketika p/raya di kerdau Pahang)
utk rujukan, boleh refer sini..

'Dear Maryam, i have no such wonderful words that could calm you
I have nothing actually to offer you in time of your grief
But deep down in my heart, I pray to Allah for make you strong 
And I always love you.. sayang kau!'

Untuk saya dan kawan2..
cukuplah maut sebagai peringatan
muhasabah lah diri melihat menimbang amalan untuk bekalan
semoga pergi nya kita dari dunia ini, pergi yang aman..
Wallahu'alam..

p/s:Ya Allah, semoga matiku dalam iman dan islam..dalam kemuliaan..
Keluarga ku juga pinjaman Mu, janganlah kau ambil mereka saat aku belum bersedia

0 comments: