Monday, March 21, 2011

Nikah di Masjid Amalan Kristian??

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Terkujat mak baca nak oi..haishh,so nti aku pye nak buat kat mane nih??haha..koya..bilos mu nok nikos nyo cik fana weh??ok2..tak koya..sensasi ok ini berita..i terkujat jap..ak bukan la ahli agama kan nak review pape..ngapal quran tapi xingat..heee..so,i better refer diz to more knowledgeable people.

Dari 'Aisyah ra, beliah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Umumkanlah (iklankanlah) pernikahan ini dan lakukannya di masjid serta tabuhkanlah rebana".
[HR: at-Tirmizi, al-Baihaqi]
`Hadis di atas ini adalah hadis lemah. Di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Is bin Maimun, dia adalah dikenali sebagai perawi yang matruk. Oleh itu hadis ini tidak boleh dijadikan dalil atau hujah untuk membolehkan bernikah di masjid.


Akan tetapi, itu bukan bererti akad nikah di masjid dilarang, kerana asal hukum akad nikah itu sah dilakukan dimana saja termasuk masjid, maka akad nikah di masjid tidak dilarang dan kita tidak boleh mengatakan itu adalah sunnah ataupun afdal, kerana tidak ada dalil yang sah dari al-Qur'an dan Sunnah. Jadi apabila Rasulullah S.A.W pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah menjadi  HARUS, bukannya sunat ataupun haram.   

-tapi aku rase kan,yg jatuh hukum tak boleh tu,bile masjid dah jadi tempat keraian..bile org2 yg tak menutp aurat keluar masuk masjid..dah kire mencemar kesucian masjid.tgkla selebriti kawen cmne..liputan secara lgsung hape..ustaz ak cite,org kawen kat msjid sbb tanak benda2 tak elok jadi..org zmn dulu katenya,kuat amal ilmu dll..haa,lg satu,kite ni ikot barat..naik keta pengantin berarak ade bunga2 bagai..tu kan dyorg pye budaya..bagi aku la kan,konklusi nye kpd isu ini:
  • Bersederhanalah dlm segala perbuatan,insyaAllah niat kita nak hebahkan perkahwinan tak terpesong 
  • Elakkan pembaziran! nih skg tunang pon mcm da kawen..
  • permudahkan la urusan perkahwinan kerana ianya tuntutan agama,bukan menyusah dgn "aku nak kawen dkt taman,nak itu,nk ini'
  • Jadikan la majlis kawen kite tuh,majlis makan yang mesra..tanpa perlu ad protokol2,tanpe ad perlu limitations undangan(yg buat kt tmpt2 kaya)..takot ad yg kecik ati tak dpt undangan anda..
 Wallahu'alam...

0 comments: