Saturday, March 19, 2011

Insiden Jepun : Satu Renungan

Salam semua..hujan kat sini..best tido..instead of tido,aku belek2 artikel pasal Jepun..tau, da bape minggu diaorg kn tsunami..aku bukan tak suke buat entry ilmiah, cume ak rase kurang ilmu nak mengolah..ada org yg lebih hebat boleh bercerita..dan aku prefer benda yang aku ada di tempat kejadian, boleh selam, boleh express feeling nye tuh kate org..tapi bak sabda Nabi SAW, sampaikan lah walau satu ayat..hope, entry aku ini boleh bagi manfaat kepada semua.

Dulu2 aku rase teringin sgt nk g Jepun..cantek dan maju..plg ak teringin, sebab ad bullet train,manakan terlawan ktmb malaysia..teringin nak naik basikal kat jalanraya..mcm best kan..tp tu lah, bila Tuhan da kata kun fayakun, maka jadilah..sekalung takziah dr hati kecil ak buat semua warga Jepun..sedih nye..kalau happen kat Malaysia, tatau la ak nk mhadapai macam mana..oh Tuhan, ampunkan dosa hambaMu ini yg menggunung tinggi. Tak perlu ulas byk2, sbb sume org da tau kan pasal reaktor nuklear Jepun yg meletup..hebatnya dan agungnya kuasa Mu Allah, mampu meranapkan apa yang ada..bagaimanakah nanti agaknya kiamat Mu?sungguh aku tak terbayang dahsyatnya, apatah lagi neraka Mu..nauzubillah..

Nuclear plant chief, Akio Komiri akhirnya dah buat press conference yg kebocoran yg mengakibatkan radiasi adalah serius hingga boleh membunuh.Klik sini utk maklumat lanjut. Bagaimana agaknya kalau nuclear plant tu under control dan ade kebakaran dll?dahsyat kan..

Firman  Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
“Maka tunggulah ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia, inilah adzab yang pedih.”  (Ad Dukhkhan: 10-11)
*Mungkin kah kegagalan reaktor nuklear Jepun boleh menyebabkan jerebu 40hari? di mana ianya antara satu tanda kiamat yg besar..wallhualam

Rasulullah bersabda: 
"Apakah kamu tahu kemanakah matahari ini akan pergi? Sesungguhnya ia adalah berjalan sehingga ia sampai ke suatu tempat di bawah Arasy, maka ia segera bersujud, ia selalu dalam keadaan sujud sehingga dikatakan kepadanya: “Naiklah kamu dan kembalilah ke tempat datangmu”, maka ia pun terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia berjalan sehingga ia sampai ke suatu tempat di sujud sehingga dikatakan kepadanya: “Kembalilah kamu ketempat datangmu”, maka iapun terbit dari tempat terbitnya, kemudian ia terus berjalan dan tak seorang manusia pun yang mempertanyakannya sehingga ia sampai ke tempat asalnya di bawah Arasy, maka dikatakan kepadanya: “Naiklah dan terbitlah kamu dari tempat terbenammu”, maka iapun terbit dari tempat terbenamnya, apakah kamu tahu kapankah hal itu akan terjadi? Itu akan terjadi pada waktu tidak akan berguna iman seseorang yang belum pernah beriman sebelumnya atau belum pernah berbuat baik dengan imannya.” (Riwayat Muslim dari Abu Dzar)
*Pulau Honshu dikatan telah beralih sebanyak 2.4meter dari kedudukan asal  akibat gempa di mana ianya dipercayai akan mempengaruhi darjah terbitnya matahari.Antara satu tanda besar kiamat, bila mana matahari tidak lagi terbit di timur. Allah secara perlahan telah memberi tanda2 nya..ya Allah,ampunkan dosa2 kami yang lemah dan selalu lupa dgn tanggungjawab kami.






Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah, ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
 
Akhir kalam,ayuh kita sama2 muhasabah dan baiki diri..tunaikan mana2 hak seorang hamba kepada Pencipta..masih belum terlewat kita memperbaiki diri..sebagai ingatan dan iktibar untuk diri sendiri jugak..Allah Maha Penyayang.. Dia sering memberi kita peluang, tapi kita selalu mengabai dan menangguhkannya..renung2 kan dan selamat beramal..Wassalam
 
p/s:Ya Allah, selamatkan lah mereka di Jepun..janganlah engkau bebani mereka dgn sesuatu yg tidak termampu..pelihara dan lindungilah kami dari azab Mu..ameen 

3 comments:

kyo_9 said...

Entri yang best.. cuma saya ingin bertanya tentang ayat penyata yg saudari tulis mengenai 2.4m tuh.. ada sumber dia x?

p/s Janganlah jadikan tragedi di Jpon nih menghalang hasrat saudari ntk melawat negara nih suatu hari kelak ;)

LolopOp said...

Allah Maha Besar..aku pon rasa masa kita semakin suntuk..Tanda Kiamat besar sudah semakin hampir.Jepun semakin menghampiri US..iaitu barat dunia..bilakah matahari akan terbit dibarat?wallahualam..renung2kn dan selamat beramal~!

anne_omar said...

@kyo_9:sumber tuh dr fesbuk..da lupe link nye..carik balik,tak jupe..nti klu ade,kite paste kan..still,nk g jepun watever happen pon;)

@LolopOp:marilah sama2 kite beramal n bertaubat..aku pon banyak lg tak cover nk jumpa Tuhan..klu d cabut nyawa skg,mmg tatau la..takot;(