Sunday, April 24, 2011

Belangsungkawa 1/6/1970-23/4/2011

Salam semua..
sebak rasa hati untuk menulis entri kali ini
seakan tak mampu meneruskan penulisan tapi saya gagahkan jugak supaya menjadi kenangan
kehilangan upaya menyusun kata2 dek menahan kesedihan dan ralat

Dari Dia kita datang dan kepada Nya kita kembali..AlFatihah buat kakak Mohd Zaidi Zakaria.

Macam tak percaya perginya beliau pada petang kelmarin, hati saya kadang2 seakan menafikan.
Masih terngiang2 setiap perkataan ketika berbicara di telefon mahupun ketika berhadapan
Kenapa terasa sangat kehilangan?Addy ada 2 org adik beradik, dan kebetulan emak dia jauh di Kuala Tahan..Pendek kata,kakak Addy la jadik tempat bergosip luah perasaan kalau addy degil..
memang tak tahu la nk gambarkan perasaan saya saat ini..

Sedikit ralat tak dpt balik tgk akak buat kali terakhir
apakan daya, keadaan tak mengizinkan
baru ingat nak melawat bulan 7 nanti sempena kenduri kahwin seorang rakan
tapi sesungguhnya kita hanya merancang

buat akak,
terima kasih atas segala budi dan sayang akak
pastinya saya akan rindukan panggilan 'moksu' dari akak
pastinya saya akan rindukan saat kita bergelak ketawa bersama
tak puas lagi rasanya kita berkenalan
ingatkan akak yang akan jadi orang kuat di hari bahagia kami insyaAllah jika ada jodoh
sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk akak
kami di sini akan berusaha untuk tabah dan redha
Damailah akak di sana menemui Pencipta
Akak akan tetap hidup dalam setiap hati-hati kami
Tetap subur dalam doa-doa dan ingatan kami
Aturan Tuhan hanya yang terindah
kerana dia menyayangimu dan tak ingin membiarkan mu terus derita
Amanlah di sana..sejambak alfatihah dan segugus doa mengiringi mu sentiasa

Siti Aishah
1/6/1970-23/4/2011
meninggalkan seorang suami dan 7orang anak
di usia 41 tahun pada petang 23 April 2011
Terima kasih atas segalanya..

p/s:tarikh lahir addy sama dengan kakak dia..sob sob..
sorry la klu tergiwang korang tak suke
sebab mmg tgh sedih sangat:(

0 comments: