Wednesday, March 17, 2010

SENDIRI


Ketidakstabilan emosi menjengah diri..sudah puas saya memujuk hati meredhakan apa yang berlaku
walaupun semuanya memusnahkan impian saya..sudah menjadi sifat insan tidak mudah melupakan
sesuatu keburukan yg dilakukan seseorang tetapi amat mudah untuk tidak mengingati kebaikan seseorang padanya.
Sungguh saya manusia yang mementingkan diri..
18hb yang bakal berlalu pasti mengubah hidup saya..bersedia untuk saat yang paling memeritkan dalam hidup..mungkin
saya masih mampu bergelak ketawa tapi mampukah saya untuk tidak menangis di dalam hati..bukan saya memilih menjadi bodoh
menangis kerana seorang manusia, masakan se enteng itu pemikiran saya..mungkin saya menangis menyesali betapa saya tak mampu
jadi yang terbaik dan mendidik dia..tak ternafi betapa di hati ini saya merisaukan keadaan dirinya kelak tanpa saya..mungkin kah
makin teruk??bersalahkah saya andai dia memilih jalan yang salah kerana kecewa dengan keputusan saya??sungguh saya takut dengan hari2 esok
yang akan berlalu..
Sungguhpun saya sendiri merasakan kesakitan untuk memilih jalan yang melukakan hati ke dua pihak tapi nampaknya saya seakan tak punya pilihan..
andainya ada jalan yang boleh membuatkan dia bahagia..
Gerun rasa nya mengimaginasi hari yang bakal berlalu..
moga saya dan dia di beri ketabahan dan kekuatan..
moga Allah melindungi dia dari segala keaiban dan kemungkaran..
optimis kan minda,anggap semua ini sebagai kifarah..
hidup perlu terus walau sepahit mana pun ia..

~I MISS U but i am not sure whether I LOVE U anymore or not..
~U hurt me a lot..

0 comments: